Improvisasi Lagu Dangdut Ke Balada, Iman Troye Terima Pujian Dari Netizen

Penyanyi comel, Iman Troye meraih tumpuan warganet setelah melakukan improvisasi terhadap lagu No Comment nyanyian Tuty Wibowo.

Menerusi perkongsian Iman di laman Instagram, dia cuba menukar lagu dangdut terbabit dengan muzik arrangement yang lebih ‘fresh’ iaitu versi balada.

“Boleh kan Iman ballad kan lagu ni,” tulis Iman.

Hasil tinjauan ke ruangan komen, wargamaya memuji kelunakan suara Iman dan menyukai lagu yang telah diimprovisasikan oleh pelantun lagu Nang itu.

“Boleh je Kak Iman, sedap dengar.

“Masih terngiang no komen 50 ringgit saja, btw sedap versi ni.

“Boleh gapapa kok, aku orang Indonesia nih malah ngakak liat video ini soalnya kayak kebalik kesedihannya,” komen peminat.

 

Halimey Zamal