Jatuh Ketika Berlakon, Janna Nick Cedera Di Set Pengembaraan – “Nasib Bukan Hati Yang Luka”

Pelakon Janna Nick cedera ringan di lutut sebelah kiri akibat terjatuh semasa berada di lokasi pengembaraan.

Menerusi perkongsian Janna di Instagram, dia merengek kesakitan apabila lutut kakinya berdarah sambil dibersihkan dengan sehelai tisu.

“Saya kecederaan.

“Nasib luka dekat lutut tak sesakit luka di hati,” tulis Janna.

Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa bimbang apabila melihat aktres pujaan mereka tercedera dan ada juga yang tidak percaya dengan menganggap ia hanyalah lakonan semata-mata.

“Sikit je tu, sapu minyak gamat ok lah.

“Ni mesti kejar makanan sebab kalau kejar hati sakitnya tidak segampang itu.

“Artis bila jatuh camni, aku confuse betul ke tak? Dah nama pun pelakon kan, after dah nampak luka tu baru percaya, betul lah,” komen peminat.

 

Dalam perkembangan lain, Janna kini mengacarakan program Famili Duo bersama Sean Lee.

Famili Duo menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua bermula 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

Halimey Zamal