Cuba Trend TikTok ‘Face Age’, Netizen Cakap Wajah Memey Suhaiza Lebih Matang Dari Usia Sebenar

Sering berkongsi resepi masakan, pelakon Memey Suhaiza sekali lagi meraih netizen menerusi pengunaan filter di TikTok

Menerusi hantaran Memey itu, dia mengikuti trend di TikTok dengan meneka umur melalui imbasan wajah.

“Sampai hati,” tulis Memey ringkas.

Lebih menghiburkan apabila wajah Memey bertukar kelat apabila dia melihat tekaan umurnya menunjukkan dia berusia 44 tahun iaitu lebih tua berbanding umur sebenar.

Hasil tinjauan ke ruangan komen, wargamaya tetap memuji kecantikan Memey yang tampak seperti anak dara dan ada juga yang berpendapat solekannya terlalu tebal meyebabkan filter TikTok itu tidak dapat mengimbas dengan tepat.

“Cantiknya Memey.

“Mungkin sebab make up. Nanti test yang tak make up pula, confirm 24.

“Tak mampu nak tolong, kalau pusing angka pun tetap 44 juga melainkan reda je lah ek,” komen peminat.

Halimey Zamal