Beli Barang Bundle Di Pasar Pagi, Netizen Suka Lihat Aliff Syukri Tidak Ujub & Riyak

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dipuji waragenet kerana tidak riyak dengan hanya ‘shopping’ di pasar pagi.

@aliffsyukriterlajaklarisCuti-cuti melayan anak-anak di pasar pagi

♬ original sound – Terlajaklaris

Menerusi perkongsian Aliff, dia suka membeli barangan bundle kerana mengimbau kenangan semasa berniaga di pasar suatu ketika dahulu.

“Cuti-cuti ni saya bawa satu keluarga pergi shopping barangan bundle.

“Seronok sebenarnya, saya ni memang dari dulu suka barangan bundle maklumlah saya kan meniaga kat pasar dulu.

“Tengok ni Yusoff, Raudah semua duk shopping kat sini dan yang paling best barangan dia semua original. Yusoff ni kalau pergi sini nak beli mainan lah nak beli kasut lah haa tengok tu bukan main excited dia,” kata Aliff.

Menjegah ke ruangan komen, wargamaya memuji Aliff yang semakin merendah diri dan ada juga yang suka dengan cara didikan Aliff yang tidak memanjakan anak dengan barangan mewah.

“Beli barang bundle, biar betul datuk.

“Low profile betul datuk ni, semoga rezeki datuk dan keluarga melimpah ruah, amiin.

“Proud ah dengan datuk, ajar anak-anak macam ni. Nanti besar insya-Allah tak ada sifat sombong even tahu ada warisan kaya raya,” komen peminat.

Halimey Zamal