“Rupanya Allah Nak Gantikan Dengan Yang Lebih Baik…” – Elfira Loy Sebak, Rezeki Masuk Raudhah Termakbul

Baru-baru ini pelakon Elfira Loy ada memaklumkan bahawa dia reda kerana tidak dapat memasuki Raudhah yang terletak di Masjid Nabawi dek kerana terlewat 10 minit pada slot yang telah ditempah.

Malah, memberitahu itu adalah salah satu cabaran yang dihadapinya ketika menunaikan umrah dengan membawa anak kecil.

“Tips saya untuk travel bersama anak-anak untuk umrah ni, kena banyak bersabar je.

“Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk lakukan banyak ibadah. Contohnya pergi Raudhah.

“Haritu El ada book slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.

“Siapa tak sedih kan, takkan nak marah anak-anak? Nak marah yang lain… Jadi apa perlu kita buat? Reda je,” katanya.

 

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkininya di Instagram pada Jumaat, Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 29, bersyukur dan berasa sebak apabila diberikan peluang untuk memasuki Raudhah dengan mudah apatah lagi berkesempatan untuk solat pada bahagian depan bersebelahan makam Rasullullah.

“Rezeki jumaat, i can never forget this day. Rupanya Allah nak gantikan dengan hari yang lebih baik dan waktu yang lebih baik untuk El ke Raudhah. Alhamdulillah ni memang rezeki yang terbaik.

“Bak kata Kak @zandrahakimi ” El tak pernah lambat ! ” El tak lambat Kak Za today, i was the first in line , the first to que to Raudhah , and the first to solat saf depan di antara tiang Aisyah dan Mimbar Rasullah SAW.

“Rasa jahil sangat bila diberi kesenangan macam ni. Alhamdulillah paling the bes , tak ada gangguan dan tolakan. Terima Kasih Ya Allah ,” kongsinya.

Berkongsi mengenai pengalamannya itu, pelakon yang terkenal menerusi drama Cinta Itu Buta menganggap ia sebagai hari yang paling bahagia dalam hidupnya.

Bahkan, dia juga menitipkan pesan tentang betapa hebatnya rezeki Allah kepada hambanya yang sentiasa bersabar dan bersangka baik.

“El sekadar berkongsi, betapa hebatnay rezeki yang Allah nak bagi dekat hambanya walau hambanya itu pendosa seperti El.

“Siapa pun boleh dapat nikmat ni. Sabar insya Allah, Allah akan janjikan yang terbaik,” tulisnya.

 

 

 

Salma Syahbuddin