Ramai Tak Boleh Move On, Netizen Setuju Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Wajar Dijadikan Naskhah Contoh! – “Best Kalau Ramai Buat Cerita Macam Ni, Bukan Pasal Curang Atau Partner Abusive”

Drama rantaian Jaga Aku Selamanya akhirnya melabuhkan tirainya semalam sejak ditayangkan pada 15 Mac lalu, bagaimanapun sehingga ke hari ini ia masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat di laman sosial Twitter.

Drama 13 episod arahan Wan Alauddin Wan Zainuddin bersama Rashidi Ishak ini nampaknya bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para pelakonnya malah, kepada semua peminat drama Melayu tempatan.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform berkenaan, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons terhadap drama tersebut, termasuklah ada yang masih tidak boleh move on dengan jalan ceritanya.

Bahkan, ramai dalam kalangan peminat drama Melayu tempatan berharap, naskhah seperti ini dihasilkan dengan lebih banyak kerana ia bukanlah sebuah drama skeptikal melainkan memberi pendedahan terhadap realiti sebenar yang berlaku dalam kehidupan.

Selain mengetengahkan banyak mesej berguna, masyarakat turut disajikan tentang pentingnya peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak-anak dan kasih sayang serta pengorbanan yang ditunjukkan oleh Azhar sebagai anak sulung.

 

Bukan itu sahaja, penonton menyifatkan, drama ini antara drama terbaik dan sepatutnya diberikan standing ovation kepada pengarah serta barisan pelakonnya yang hebat.

 

Terdahulu, drama rantaian ini berjaya mencecah 2.2 juta tontonan pada minggu pertama ditayangkan.

Drama Jaga Aku Selamanya turut dibintangi pelakon hebat seperti Nadiya Nisa , Johan As’ari, Haeriyanto Hassan, Puteri Rafasya, Baqie Jamallullail, Dzul  Hadziq, Puteri Isya dan ramai lagi mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berdepan pelbagai cabaran sehingga menjadikan kehidupan anak-anak menjadi sengsara dan musnah.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Di Sebalik Watak: Baqir Jamalullail Sebagai Azhar dalam ‘Jaga Aku Selamanya’

ARTIKEL BERKAITAN:Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Dikatakan Tak Logik, Nadiya Nisaa Dedah Buat Rujukan Sebelum Berlakon – “Ini Antara Cabaran Besar…”

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Tunjuk Teaser Dah Sedih, Penonton Tak Sabar Nak Tengok Pengakhiran Drama Jaga Aku Selamanya! – “Harap Tak Menangislah Malam Ni”

Salma Syahbuddin