#LaguXTRA: Dengar Dari Radio Terus Jatuh Cinta, Naim Daniel Motivasi Diri Melalui Lagu

Minggu ini, Xtra membawakan penyanyi dan pelakon berbakat, Naim Daniel untuk berkongsi lagu kegemarannya.

Menurutnya, lagu yang sering dimainkan buat masa ini berjudul OMG oleh kumpulan penyanyi dari Korea iaitu NewJeans.

“Saya dengar dekat radio masa tengah bawa kereta, lepas tu saya terfikir ‘Ni lagu apa eh?’ dari situ terus saya layan lagu tu sebab vibes dia tu buat kita nak menari,” ujarnya.

Selain itu, Naim turut meminati lagu daripada Alyph yang berjudul Check kerana padanya lagu tersebut memberi motivasi kepada dirinya.

“Check by Alyph lagu tu power dan motivating me to push myself even harder. Lirik dia pun power especially yang ‘Bagi duit dekat mama tu gangster’,” katanya.

Berkongsi tentang pendapatnya mengenai lagu lama dan baru, dia menyukai kedua-dua era muzik lagu tersebut.

“Lagu lama, lagu baru, dua-dua pun saya suka sebab kalau tak ada yang lama tiada lah yang baru kan?,” jelasnya.

Maya Basir