“Ramai Yang Kata Mahal, Tapi…” – Pakej Umrah RM35,000 Untuk Seorang Jemaah, Ini Penjelasan Neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa tampil menjelaskan tentang pakej umrah sebuah agensi yang disertai mereka untuk seorang jemaah yang mencecah harga RM35,000.

Memetik laporan Gempak, dia memberitahu hotel yang dipilih agensi tersebut di Makkah dan Madinah mempunyai kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.

“Bila saya kongsi poster itu ramai yang kata mahal tapi saya tak salahkan mereka sebab mungkin mereka tak familiar dengan hotel Dar al Tawhid Makkah dan Oberai Madinah.

“Saya dah pergi ke hotel itu beberapa kali dan saya rasa mudah dengan jarak sangat dekat selain servis yang baik. Untuk kita jelaskan satu-persatu kepada orang yang pertikaikan harga ni susahlah kan.

“Melainkan dia betul-betul rasai pengalaman itu. Sebenarnya kalau nak dapat harga untuk kedua hotel itu secara sendiri, mungkin lebih RM15,000.

“Bertuah sungguh sebab kita pergi dengan group, ada special price, booked banyak bilik, itu yang harga potong banyak,” ujar Neelofa.

Selain itu, menurut Ketua Pegawai Pemasaran agensi terbabit, Datin Saiyidah Othman, pakej tersebut juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan orang-orang kenamaan (VVIP) sahaja.

“Servis itu adalah awak sampai, turun saja ada kereta menunggu di sebelah kapal terbang. Ini servis Neelofa dan keluarga selalu guna. Kali ni, Neelofa nak semua orang rasa nikmat tu.

“Kenderaan itu akan bawa jemaah ke lounge VIP yang sangat selesa dan pihak imigresen yang akan datang untuk urusankan passport,” jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz serta anak mereka, Muhammad Bilal bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama jemaah mengikuti agensi terbabit pada Rabu ini selama 12 hari.

Maya Basir