Kongsi Foto Anak Di IG, Ramai ‘Claim’ Muka Anak Faezah Elai Iras Lisa Blackpink & Pelakon Siri Drama Popular ‘Wednesday’

Pelakon Faezah Elai ada berkongsi beberapa foto anaknya di media sosial sekaligus mencuri perhatian netizen.

Ia susulan wajah anaknya itu persis pelakon dalam siri drama popular Netflix, Wednesday iaitu Jenna Ortega dan salah seorang ahli Kumpulan K-Pop popular, Lisa Blackpink.

Menerusi foto tersebut, kelihatan beberapa mimik muka yang dilakukan oleh anak sulungnya, Dealova Heyrinna.

“Dia sangat kecil semasa kali pertama saya memegangnya.

“Tapi saya beritahu dia, awak kan berkahwin pada umur 35 dan sehingga nanyti awak ada milik saya,” tulisnya.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata warganet memuji kecantikan yang dimiliki oleh anak kepada pelakon drama bersiri TV3 berjudul, Setelah Cinta Itu Pergi.

Malah, ada yang berpendapat kecantikan Dealova adalah disebabkan faktor genetik ibunya yang mempunyai darah campuran, Punjab dan Thailand.

 

 

Salma Syahbuddin