Berjanji Itu Ini, Individu Dedah Khai Bahar ‘Ghosting’ Teman Wanita Bertahun-Tahun – “Dulu Kau Buat Kawan Aku…”

Penyanyi Khai Bahar pernah memuat naik satu kenyataan di ciapan Twitter seperti memberitahu kriteria yang dia mahukan di dalam sebuah hubungan percintaan.

“Dalam hubungan ni tak minta lebih pun, sekadar setia dan perhatian, dan sampai sekarang aku masih tak kahwin, k bye,” ujarnya.

Terkini, seorang individu yang dikenali sebagai Syura membalas ciapan tersebut dengan mengatakan Khai hanya seorang yang pandai berkata-kata sahaja.

Malah, dia mendedahkan bahawa pelantun lagu Bayang ini meninggalkan hubungan percintaan bersama rakannya tanpa sebarang penjelasan.

“Pandai lah kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak kau bla macam tu je. Alasan sebab malu. Gila.

“Malas nak ngeteh. Tapi Khai, kalau kau baca tweet aku ni. Aku nak pesan satu je, tolong ye minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam tu je sampai ke sudah.

“Berjanji itu ini pastu kau hilang menyepi, jadi orang tu tolong lah berhati perut sikit,” kata Syura.

Maya Basir