Mawar Karim Jelaskan Masih Single & Sedang Kenal Seseorang, Pelik Fizo Omar Terasa Komen Balas Di IG

Usahawan Mawar Karim tampil menjelaskan dakwaan dia kembali bergelar isteri adalah tidak benar.

Memetik laporan mStar, Mawar berkata dia kini sedang dalam fasa mengenali hati budi seseorang. Malah memaklumkan dia kurang berkongsi hal peribadi di media sosial.

“Saya ada keluarga saya. Saya tinggal dengan ibu dan sedang bahagia bersama keluarga.

“Status saya masih single dan sedang mengenali seseorang…kalau nak kahwin saya akan cakap. Benda baik saya akan ceritakan.

“Cumanya kisah peribadi memang saya kurang kongsi di media sosial sebab saya bukan artis. Saya lebih banyak cerita fasal perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu turut menegaskan kenyataan ketika membalas komen netizen di media sosial sebelum ini hanyalah bersifat umum.

“Saya hanya jawab satu akaun palsu yang menyerang saya di media sosial. Dia masuk ‘rumah’ saya, jadi saya jawablah. Saya balas secara umum tanpa menujukan kenyataan itu kepada sesiapa namun agak terkejut apabila ada pihak yang terasa.

“Saya bukan sengaja nak meletup di media sosial sebab lepas cerai saya ada berkawan dengan beberapa orang, agak pelik sebab dia terasa,” jelasnya.

Terdahulu, Fizo mendakwa sindiran yang dikeluarkan bekas isterinya itu ditujukan kepadanya merupakan satu fitnah yang boleh menjejaskan namanya dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Perlu Berkias-Kias, Sebut Sahaja Nama” – Isu Disindir Bekas Isteri, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

Awal Februari lalu, Mawar Karim tampil membalas komen warganet yang menyatakan bahawa kehidupannya kini lebih bahagia berbanding dulu yang bergelar isteri.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi