Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

Baru-baru ini, anak kepada penyanyi veteran Ibnor Riza, Putri Norizah memaklumkan bahawa bapanya kini ditidurkan selepas dilaporkan pengsan dan dirawat di sebuah pusat perubatan beberapa hari lalu.

Berita tersebut dikongsi menerusi Instagram anaknya itu yang meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Ibnor semalam.

ā€œMohon jasa baik semua untuk mendoakan kesembuhan ayah saya, Ibnor Riza Ibrahim yang kini baru saja ditidurkan.

ā€œYa Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau zat yang maha menyembuhkan.

ā€œTidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain,ā€ tulis Putri.

Untuk makluman, Ibnor Riza, 62, sebelum ini dilaporkan mengalami enam penyakit kronik secara serentak sekaligus membuatkan kerjaya nyanyiannya terganggu.

Artikel Berkaitan:Ā ā€œSemangat Makin Merudumā€ ā€“ Suara Hilang, Leher Membengkakā€¦ Ibnor Riza Alami 6 Penyakit Kronik Serentak

Atiqah Johari