Rimas Sering Dirakam Ketika Keluar, Fatin Afeefa Beri Teguran Buat Netizen – “Gila Korang Ni Memang Tak Hormat”

Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa rimas dan kesalnya dengan tindakan sesetengah netizen yang suka merakam setiap gerak-gerinya tanpa kebenaran ketika dirinya keluar untuk bersiar-siar.

Menerusi video yang tular di TikTok, Fatin menganggap pihak yang gemar merekod serta memuat naik setiap pergerakkannya itu sebagai tidak beradab dan kurang hormat.

Biarpun dirinya tidak boleh lari dari menjadi tumpuan orang awam, Fatin bagaimanapun memohon agar netizen lebih menghormati privasinya sebagai selebriti yang ingin menjalani kehidupan seperti biasa.

“Gila korang ni, memang tak hormat orang. Orang zaman sekarang ni diorang (mereka) tak hormat orang tau. Kalau saya ni makan kat luar, diorang main rekod je.

“Lagi-lagi orang yang tak kenal, nampak lah dia rekod je lepastu post. Betul punya tak hormat orang. Macam saya, saya masih lagi ada sense of hormat.

“Anak saya cakap jangan post gambar dia, saya tak post. Tapi bila saya tak post korang cakap pula dah tak nampak gambar Arrian, dah tak sayanglah tu. Gila ke? saya hormatlah anak saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dari netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan luahan pelakon itu.

Fatin Nurain