Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Pelakon jelita, Intan Najuwa didakwa telah bertunang buat kali kedua bersama pilihan hatinya yang dikhabarkan lelaki berstatus Datuk.

Memetik laporan mStar, difahamkan majlis pertunangan mereka berlangsng di kediaman keluarga Intan terletak di Johor Bahru.

Sumber mendakwa kekasih hati Intan mengikutnya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Umrah bersama pada Januari lalu.

Pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga mereka pada tahun ini.

“Tidak lagi lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang barunya ada pangkat Datuk. Majlis bertunang baru ini diadakan secara tertutup,” dedah individu berkenaan.

Sebelum ini, Intan pernah mengikat tali pertunangan bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 lalu.

Namun begitu, hubungan mereka tidak bertahan lama kerana dipercayai tiada persefahaman antara dia dan bekas tunang.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak Intan sendiri berhubung dakwaan tersebut.

Aqilah Paharuzi