Categories: HiburanSelebriti

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Belum reda berita mengenai persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu 33 malam tadi, netizen dikejutkan apabila sekeping gambar seorang jejaka yang mirip penyanyi ini tersebar luas. 

Menerusi gambar yang kini tular di Twitter, identiti sebenar jejaka itu tidak dapat dipastikan.

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

Rata-rata netizen berpendapat jejaka ini mungkin sosok yang pernah viral beberapa ketika dahulu. ‘Kembar’ Pian juga kan?

 

Ramai yang meninggalkan komen agar tidak terus jatuh hukum memandangkan identiti sebenar lelaki ini belum dapat dikenal-pasti. Berdosa la kalau ini bukan Pian…

Apapun, kita tunggu penjelasan daripada Sufian sendiri. Jangan cepat jatuh hukum okay?

SGMS Faida