Remy Ishak Akui Penonton Malaysia Suka Filem Santai Bukan ‘Berat’

Pelakon filem Pulang, Remy Ishak menganggap penonton di Malaysia lebih cenderung menonton karya yang tidak ‘berat’.

Ketika diminta mengulas tentang kutipan filem Pulang dan Hantu Kak Limah, hero Malaya ini dia memahami kehendak penonton di negara ini berbeza.

“ Kehendak itu tak boleh dihalang. Ada ketika penonton gemar menonton filem santai bagi mengisi masa lapang mereka.

“ Lebih tepat, bukan filem untuk membuatkan penonton berfikir. Namun bukan semua, ada juga yang suka filem intelektual,” katanya ketika ditemui di Malam Gala Rise: Ini Kalilah di GSC One Utama, kelmarin.

Pelakon berusia 36 tahun ini juga berharap penggiat seni tanah air tidak berhenti menghasilkan karya seperti Pulang.

“ Filem perlu ada pelbagai. Mungkin satu hari nanti filem sebegitu akan diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.

“ Setiap filem mesti ada jatuh bangun, tapi kita kena positif. Saya percaya, satu masa nanti filem berat mungkin mudah diterima di masa akan datang dan mereka menonton dengan lebih santai pula,” akhirinya.

SGMS Faida