Categories: Sihat

5 Tanda Tubuh Badan Anda Kekurangan Asid Folik

Tahukah anda, asid folik sangat penting untuk kesihatan anda? Menurut Institusi Perubatan di US, seorang dewasa memerlukan 400 mg asid folik setiap hari. 

Asid folik yang juga dikenali sebagai vitamin B9 ini sangat penting untuk kesihatan kerana ia mampu membaiki DNA serta menghasilkan sel darah merah.

Sekiranya badan kita kekurangan asid folik secara tidak langsung akan mempengaruhi kesihatan sekaligus mengganggu aktiviti seharian anda. Jom, ketahui 5 tanda badan anda kekurangan asid folik.

1. Masalah kognitif

Foto: Depositphotos

Untuk pengetahuan anda, asid folik sangat penting untuk sistem saraf kita. Sekiranya, asid folik berkurang, anda akan mudah mengalami depresi, sukar untuk fokus dan mudah lupa. Jika tidak dirawat, ia mungkin akan mengundang penyakit Alzheimer.

2. Sakit-sakit badan

Foto: Depositphotos

Kekurangan asid folik juga akan menyebabkan badan anda kekurangan oksigen. Apabila otak tidak menerima oksigen yang sepenuhnya, anda akan mudah mengalami sakit kepala. Bukan itu saja, anda juga akan merasai kesakitan pada bahagian tubuh lain seperti kaki dan dada.

3. Kulit pucat

Foto: Shutterstock

Disebabkan kekurangan sel darah merah dan hemoglobin yang bertindak untuk menyalurkan oksigen ke tubuh, anda akan merasai lemah pada sendi, kebas pada tangan dan kaki serta mengalami permukaan kulit yang pucat.

4. Nafas pendek

Foto: Shutterstock

Kekurangan asid folik juga akan menyebabkan nafas pendek. Anda juga akan mengalami degupan jantung yang laju serta merasai pening ataupun boleh pengsan. 

5. Bibir, mulut pecah dan membengkak

Foto: Bright Side

Sekiranya anda kerap mengalami ulser, jangan ambil mudah dan abaikan! Ianya kerap berlaku disebabkan kurangnya sel darah merah.

Jika anda mengalami tanda-tanda yang penulis senaraikan di atas, sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Anda juga boleh mengatasi masalah ini dengan mengamalkan diet pemakanan yang betul. Perbanyakkan makan sayuran seperti brokoli, bayam dan asparagus. 

Sumber: Bright Side

tex_admin