Remy Ishak Akui ‘Sakit Jiwa’ Bila…

Pelakon Remy Ishak mengaku untuk menjadi seorang aktor atau aktres, seseorang itu perlu ‘gila’.

Tetapi jangan salah faham, apa yang dimaksudkan Remy adalah seorang pelakon itu harus bijak berdepan dengan perubahan emosi dalam sekelip mata.

“Itu cabaran saya sebagai pelakon. Saya akui kadang-kadang saya ‘sakit jiwa’. Bukan apa, kadang-kadang bila di set penggambaran ketika saya diperlukan membawa watak sedih walhal ketika itu saya sedang gembira.

“Begitu keadaan sebaliknya, bila badan pula tidak bertenaga, saya diperlukan untuk membawa watak sedang bertarung. Kekuatan mental perlu seimbang,” katanya ketika ditemui Xtra.

Tambah hero filem Dendam Pontianak ini, dia juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari perubahan mood mendadak.

“Kadang-kadang bila saya keluar, bila tidak senyum, akan ada peminat yang cakap saya sombong. Jadi selebriti tidak bermakna perlu senyum atau gelak sepanjang masa, nanti orang ramai hairan.

“Saya juga sama seperti anda di luar sana. Ada masa gembira, ada masa bersedih,” akhiri Remy.

SGMS Fas