“Rezeki Itu Allah Yang Tentukan…” – Syafie Naswip Anggap Tidak Timbul Isu Selektif Dalam Memilih Karya Lakonan

Pelakon berbakat, Syafie Naswip mengakui tidak timbul isu selektif dalam pemilihan karya lakonan apatah lagi isu Covid-19 semakin dilonggarkan.

Menurutnya, setiap peluang yang diberikan dianggap sebagai rezeki yang telah ditentukan Allah untuk dirinya terutamanya dalam industri seni lakonan tanah air.

“Tidak timbul isu selektif sebab rezeki itu Allah yang tentukan.

“Tapi, kalau ikut personal dengan siapa-siapa nak bekerja dengan saya, saya okay je. Maksudnya di sini, kalau saya rasa sesuai saya buat je,” katanya.

Sementara itu, Syafie Naswip atau nama sebenarnya, Muhammad Syafie Naswip, 30, tidak pernah menganggap wujudnya persaingan dengan kemunculan pelakon baharu semata-mata untuk kekal relevan dalam industri.

Baginya, setiap pelakon yang terlibat dalam sesebuah karya ada cara dan bakat masing-masing.

“Saya tidak pernah menganggap persaingan pun. Sebab kita masing-masing ada cara masing-masing ataupun bakat masing-masing.

“Setiap dari kita kalau dapat skrip yang bagus, director yang bagus dan luck kita waktu tu kita akan shine. Then, depends balik usaha kita juga. Tapi untuk saya, siapa yang bekerja dengan saya, saya akan anggap macam family. Saya akan buat kerja saya,” katanya kepada Xtra.

Syafie Naswip yang juga pemenang Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke 25 menerusi filem Songlap ditemui pada majlis tayangan media filem Gila Gusti di One Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

Selain Syafie Naswip, filem bergenre aksi komedi serta merupakan filem pertama di Malaysia yang bertemakan gusti profesional ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Aisar Khalid, Elizabeth Tan, pekin Ibrahim, Dato’ Jalaluddin Hassan dan barisan peninju handalan seperti, Ayez Shaukat, Nur Diana Phoenix (Peninju berhijab pertama dunia) dan Gotham.

Salma Syahbuddin