Aisar Khaled Teruja Bergandingan Dengan Syafie Naswip & Elizabeth Tan

Pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Aisar Khaled seakan mendapat peluang keemasan apabila diberikan rezeki untuk melebarkan sayap lakonannya menerusi filem Gila Gusti.

XTRA sempat untuk menemu ramah Aisar di sidang media filem ini semalam yang berlangsung di TGV Cinemas, 1 Utama.

Menurut Aisar, sebelum ini dia sering kali berlakon dalam drama bersiri dan juga telefilem.

Maka, filem Gila Gusti ini merupakan filem pertama lakonannya dalam genre aksi komedi.

Tambah Aisar lagi, dia memegang watak sebagai Zul, rakan baik kepada Mamat yang dibawakan oleh pelakon hebat tanah air, Syafie Naswip.

“Saya bersyukur diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon Elizabeth Tan, ahli gusti professional yang dikenali sebagai Ayez Shaukat-Fonseka Farid dan lain-lain.

“Filem genre aksi komedi ini membuatkan saya sangat tertarik untuk menerima tawaran filem Gila Gusti kerana sebelum ini, saya banyak berlakon dalam cerita genre seram, cinta dan sebagainya,” katanya.

Filem ini mengisahkan mengenai perjalanan dua sahabat baik, Mamat dan Zul yang obses dengan ahli gusti terkenal yang hilang motivasi dalam dunia gusti bernama Naga dan watak ini dipegang oleh Ayez.

“Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam filem ini namun berharap agar segalanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Fuh, macam menarik filem ini kan! Sama-sama kita nantikan filem yang akan berada di pawagam pada 17 Mac 2022.

Artikel berkaitan:“Rezeki Itu Allah Yang Tentukan…” – Syafie Naswip Anggap Tidak Timbul Isu Selektif Dalam Memilih Karya Lakonan

 

Aqilah Paharuzi