Rizman Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang Dengan Pilihan Hatinya

Pada kira-kira jam 10.30 pagi ini, pereka fesyen terkenal tanah air , Rizman Nordin (35) dari duo Rizman Ruzaini telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Nurida Suraya (30) selepas mengikat tali pertunangan  pada 6 Jun yang lalu.

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman artis yang rapat dengannya seperti Dato’ Sri Siti Nuharliza, Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong, Erra Fazira dan pereka fesyen, Hatta Dolmat dilangsungkan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.  Alhamdullillah, dengan sekali lafaz, Nurida dan Rizman telah selamat diijabkabulkan. 

 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara selebriti yang sering menggunakan khidmat Rizman Ruzaini bagi mereka busana-busana eksklusif bagi konsert-konsertnya mahupun majlis berprestij yang dihadirinya. Berikut adalah beberapa foto yang dikongsikan oleh Dato’ Sri Siti Nuharliza di dalam laman instagramnya @ctdk.

 

 

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran yang diantaranya ialah mas kahwin berjumlah RM300 bersama sebentuk cincin, seutas rantai dan sepasang anting-anting berjenama Chopard, senaskah Al-Quran, sirih junjung dan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya.

Manakala pihak pengantin perempuan pula membalas tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, sejadah, sepasang jam tangan, manisan dan hiasan kristal di antara lain.

Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada malam ini dan majlis resepsi sebelah keluarga pengantin lelaki pula pada Ahad ini di Pulau Pinang. Majlis ketiga akan diadakan di St Regis, Kuala Lumpur pada 22 September nanti. 

Kami dari team Xtra ingin mengucapkan tahniah kepada  kedua pasangan mempelai dan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kasih sayang dan kesefahaman. 

Del14