Rody Kristal Dah Jadi Papa, Tahniah!

Gitaris kumpulan Kristal, Rody kini bergelar bapa selepas isterinya, Niena Azman melahirkan bayi lelaki, semalam.

Rody atau nama sebenarnya memaklumkan berita gembira ini di laman Instastorynya.

“ Alhamdulillah…9.34 malam tadi telah selamat anakku Boy secara normal ke dunia. Tahniah isteriku, Niena Azman… Love you all,” tulisnya ringkas.

Laman Instagram Rody turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya sejak pagi ini.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharuddin berkahwin dengan Nur Izwani Azman @ Niena Azman pada 27 April tahun lalu di Kulai Johor.

Tahniah Rody dan isteri. Semoga anak ini menjadi penyeri rumah tangga kalian, Insha Allah!

SGMS Faida