Hiburan By: SGMS Enal February 6, 2019 @ 12:15pm

Roslan Hussin Pelakon Layar Lara Meninggal Dunia

Ingatkah lagi dengan filem Layar Lara? Di antara pelakonnya adalah Ida Nerina, Sidi Oraza, Azean Irdawaty dan juga Roslan Hussin. 4 Februari 2019, pelakon era 1990-an, Roslan Hussin, 54 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung petang Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham seorang pengarah drama sempat dibawa ke hospital oleh orang awam dimama mengadu sesak nafas dan memberhentikan kereta tepi jalan meminta bantuan.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan mengalami masalah kesihatan termasuk lemah jantung, semput, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Anak Allahyarham, Siti Nurul Ain Emelia, 19 mengesahkan berita tersebut.

“Kami masih terkejut dengan kehilangan ini. Ayah sudah lama sakit jantung,” katanya

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Selain berlakon filem,Allahyarham juga pernah membintangi beberapa drama Spektra dan drama-drama terbitan HVD yang popular di RTM sekitar 1990-an.

Kali terakhir Roslan mengarah adalah sekitar empat tahun lalu menerusi drama Siti Oh Siti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Sat, 3 Dec 2022
Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Cantikkknya, sampai tak bekelip mata okay!

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Lagi Bulan Di Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin Kekal Juara Kali Kedua

Minggu ini mereka akan berduet dengan artis jemputan, jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan protege-protege dan jangan lupa undi ok?

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Looking For The Tips To Buy A House? Catch This New TV Series ‘Misi Rumah Impian’ On TV3

Looking for the ultimate 101 guide on buying a house? Watch this!

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

8 REASONS WHY WE WILL ABSOLUTELY MISS JONGHYUN

Kim Jonghyun of SHINee passed away on December 18, 2017 after apparent suicide. We will miss him terribly.

error: Content is protected !!