Categories: Hiburan

Roslan Shah Tak Peduli Hinaan Rakan Selebriti, Mahu Bikin Muzik Video Rojak Maznah Ke Tuuu – “Teruja Sebab Lepas Ni Seluruh Malaysia Boleh…”

Selebriti versatil, Roslan Shah tidak mempedulikan hinaan yang diberikan rakan selebriti terhadap dirinya.

Kini giat mempromosikan lagu Rojak Maznah Ke Tuuu, penyanyi kelahiran Singapura ini enggan terkesan, sebaliknya mahu maju melangkah ke hadapan.

“Ramai yang tahu kisah selebriti terbabit yang menghina saya. Hina lagu saya, hina perniagaan saya. Tapi saya tak mahu jadikan ia penghalang. Saya mahu pandang terus ke hadapan.

“Saya tak pedulikan kata-kata negatif kerana ramai peminat yang menyokong dan memberi kata semangat. Selepas ini, perancangan saya adalah mahu menyiapkan muzik video lagu Rojak Maznah Ke Tuuu.

“Setakat ini sambutan yang diterima sangat baik. Ramai peminat mahukan muzik video, jadi saya merancang ke arah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Roslan bersyukur kerana lagu Rojak Maznah Ke Tuuu diluluskan untuk penyiaran semua stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Selepas dimaklumkan mengenai berita itu, saya sangat teruja. Alhamdulillah. Ini kali pertama lagu saya akan dimainkan di RTM.

“Selepas ini, Insya-Allah lagu saya boleh dimainkan di stesen-stesen radio RTM seluruh Malaysia,” katanya lagi.

Padin