Individu Sindir Artis Tak Laku Malas Berusaha, Pak Nil Dedah Berderet Dapat DM Minta Bantuan

Pengacara Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara gara-gara ada individu menyindir artis yang tiada tawaran berlakon sebagai malas untuk berusaha.

Menerusi hantaran di sebuah portal hiburan mengenai pelakon Faye Kusairi yang berniaga nasi ayam di tepi jalan, individu berkenaan meninggalkan komen untuk menjadikan aktres itu sebagai contoh.

Dalam pada itu, dia turut mempertikaikan tindakan sesetengah artis yang hanya mengharapkan bantuan semata-mata.

“Artis contoh rajin berusaha cari rezeki, cuba lah semua buat macam ni untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ni dah tak laku nak berlakon asyik nak minta bantuan saja,” kata individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menyelar kenyataan individu tersebut dengan mendedahkan dia sering menerima mesej daripada orang luar yang ingin meminta bantuan.

“Amboi sedapnya mulut mengata. Awak nak saya tunjukkan golongan bukan artis yang berderet minta bantuan kat direct message (DM) artis?,” balasnya.

Sementara itu, pelakon Yana Samsudin turut bersetuju dengan Pak Nil apabila mengalami situasi sama.

“Saya pun setuju dengan Pak Nil cuma tak hebahkan je. Ada tu minta macam kita mesin ATM.

“Semua manusia sama je. Tak kira pekerjaan, kalau tak pandai uruskan kewangan dan ada yang ditakdirkan Allah nak uji lebih, maka terciduk juga,” ujar Yana.

Maya Basir