Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Sahar, Fara Salleh Tinggal Sebumbung?

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuk Sahar iaitu Rossa Sera dilihat menzahirkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran suaminya di Instagram.

Selepas itu, Rossa dilihat berkongsi sebuah tangkap layar perbualan individu tidak dikenali yang diterimanya mendakwa suaminya itu tinggal sebumbung dengan wanita bernama Fara dan telah berkahwin.

Tambah individu itu, dia meminta Rossa untuk tidak terhegeh-hegeh memujuk Shuk dengan memberi ucapan.

“Alahai sundalnya. Syuk dengan Fara tu dah serumah. Agaknya dah kahwin. Tak payah la nak terhegeh. Mula la tu gatal p*ki acah-acah nak memujuk si Syuk dengan wish birthday,” kata individu itu.

Susulan itu, Rossa meminta individu itu untuk memberi ucapan kepada Shuk menggunakan akaun sendiri bukannya akaun palsu.

Malah, Rossa mendakwa bahawa dia mengetahui siapa individu di sebalik akaun palsu tersebut.

“Adeyyyy. Wish la ba sendiri pakai akaun mu. Biar kau akaun fake aku tau kau siapa,” balas Rossa.

Terdahulu, Shuk didakwa berlaku curang dengan isterinya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Namun begitu, status rumah tangga Shuk dan Rossa masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rossa Sera Wish Birthday Shuk Sahar, Netizen Komen: “Sekejap Lagi Meroyanlah Si Gila B*bi Tu”

Artikel Berkaitan: “Ajar Aku Macam Mana Nak Curang” – Dapat Soalan Mengundang! Ini Jawapan Shuk Sahar

Artikel Berkaitan: Shuk Sahar & Isteri Akhirnya Berpisah? Rossa Sera Amuk Sering Kena Provoke – “Kau Ugut Dia Macam-Macam Sampai Bercerai Berai”

Artikel Berkaitan: “Permulaan Yang Baik Buat 2023” – Syukur Jalani Umrah Bersama, Peminat Gembira Shuk Sahar & Rossa Sera Berbaik Semula

Atiqah Johari