Rumah Tangga Berantakan? Noor Nabila Delete Semua Gambar Suami Di IG… Netizen Mohon Fikir Positif – “Padam Tak Semestinya Bergolak”

Status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan selepas kakak kepada usahawan selebriti popular Neelofa itu bertindak memadam semua gambar suaminya di akaun Instagram miliknya.

Malah, Nabila juga dilihat turut menukar gambar profil media sosialnya menggunakan gambarnya bersama Jebat Jayden.

Spekulasi mengenai status rumah tangga Nabila yang dikatakan berantakan itu diperkuatkan lagi apabila beliau dilihat memuat naik beberapa perkongsian yang seakan-akan memberi bayangan terhadap status hubungannya bersama Engku Emran.

Ini termasuklah hantaran mengenai beberapa petikan menjurus kepada hubungan yang tidak mendapat perhatian daripada pasangan dan juga hasil nukilan daripada Jade Torres mengenai seseorang yang berhak mendapatkan pasangan yang sesuai dan bukannya bertepuk sebelah tangan.

Sementara itu, ini bukanlah kali pertama gosip mengenai hubungan kedua-dua pasangan ini menjadi perhatian kerana pada Jun lalu, kisah rumah tangga selebriti ini dikatakan sudah mula goyah.

Bagaimanapun, Nabila dilihat menafikan dakwaan tersebut apabila memberitahu rumah tangganya bersama Engku Emran baik-baik sahaja.

Malah, dia juga tidak mahu kisah peribadinya itu dijadikan gosip liar demi menjaga privasi.

Menjengah di ruangan komen hantaran yang dikongsikan di laman Facebook milik portal OhBulan! mengenai berita ini, rata-rata warganet mendoakan agar rumah tangga pasangan tersebut berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka yang mulai bosan dengan kisah keluarga Neelofa yang sering menjadi perhatian.

Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Manakala, Engku Emran pernah berkahwin dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira pada 2007 sebelum sah bercerai pada 2014. Dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Engku Emran kemudian melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2020.

Selain itu, Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Jarang Kongsi Foto Suami Di Media Sosial, Noor Nabila Lebih Selesa Untuk Kekalkan Privasi

ARTIKEL BERKAITAN:Noor Nabila Mohon Doakan Kebahagiaannya Bersama Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN:Akhirnya Terjawab Segala Persoalan, Noor Nabila & Engku Emran Selamat Diijabkabulkan

ARTIKEL BERKAITAN:Terpalit Dakwaan Pukul Penghuni Kondo, Noor Nabila Sentiasa Sokong Sharnaaz Ahmad

Salma Syahbuddin