Rumah Tangga Saya Baik Saja – Nazim Othman

Bila muatnaik status atau gambar selalu, dikata riak, bila tak letak langsung, dilabel rumah tangga bermasalah. Susah juga nak puaskan hati netizen ni ya!

Namun bagi pelakon Nazim Othman, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi perkembangan mengenai rumah tangganya di sosial media. Kenapa tu Nazim?

“ Semuanya tenang-tenang dan baik baik sahaja. Selagi boleh senyum, saya Ok,” katanya.

Itu jawapan suami kepada pelakon Bella Dally ini. Ha dengar tu semua, jangan buat spekulasi bukan-bukan pula selepas ini.

Dalam masa sama, Nazim memberitahu dia hanya akan bercakap mengenai perkembangan kerjaya dan bukan perihal peribadi selepas ini.

“ Saya belajar daripada pengalaman lalu. Jangan terlalu mendedahkan di laman sosial kerana ia akan memberi kesan buruk,” katanya.

Nazim dan Bella mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016.

 

SGMS Faida