Hiburan By: Del14 October 31, 2019 @ 12:45pm

Saharul Ridzwan Enggan Pilih Jalan Mudah Untuk Popular

Memenangi tempat ketiga peraduan Hero Remaja 2011/2012 di bawah Fattah Amin yang memenangi tempat pertama dan Syafiq Kyle di tempat kedua, menjadi batu loncatan buat pelakon Saharul Ridzwan menempah nama di dalam dunia seni lakonan. 

Bermula pada tahun 2013, Saharul membintangi drama-drama seperti Love You Mr. Arrogant (2013), Romi Love Julia (2014) dan Kau Aku Kita (2016) dan nama Saharul makin melonjak apabila memenangi pelbagai anugerah selepas membintangi drama Kau Aku Kita di samping pelakon Janna Nick.

Saharul juga bersyukur kerana mendapat panduan dan nasihat daripada pelakon-pelakon yang lebih senior seperti Azhan Rani ketika namanya berada di puncak. 

“Saya masih ingat abang Azhan Rani pernah memberitahu, sekali berada di atas, kita perlu berhati-hati.  Memang saya boleh pilih jalan mudah untuk popular, tetapi apakah ia menjamin saya terus bertahan,” katanya kepada BH Online.

Meluahkan rasa kagum dengan pelakon yang berbakat dan konsisten seperti Beto Kusyairy, Saharul berpendapat untuk popular adalah mudah, tetapi untuk bertahan dan kekal konsisten adalah  yang paling sukar.  Jadi penting baginya untuk mengatur langkah supaya kekal popular tanpa terpalit dengan kontroversi. 

Pemilik nama penuh Mohd. Saharul Ridzwan Hashim (30 tahun) ini mendirikan rumahtangga dengan usahawan, model muslimah dan ‘influencer’ Deena Emir pada 2016 dan mereka dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun, Muhammad Luth Ali.  

Perkongsian terbaharu Saharul dan isteri di laman instagram menunjukkan isterinya kini berbadan dua dan mereka berharap ianya seorang adik perempuan untuk Luth. 

 

Sumber foto: Instagram @saharulridzwan & @deenaemir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Safura Menangis Hiba Di Instagram

Mengapa Safura mengangis hiba di Instagram?

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Pertaruh 2 Lagu, Ini Masa Terbaik Naim Daniel Untuk Melatih Suara

Tercalon sebagai salah seorang penyanyi yang berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37), Naim Daniel mempertaruhkan dua lagu iaitu berjudul Mainan dan Habis Sini yang turut menampilkan Joe Flizzow. Menurut Naim, selepas Perintah […]

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Isu Rupa Paras Tiada Kesudahan, Namron Minta Pelakon Abaikan Kritikan Netizen – “Pedulikan Apa Orang Nak Cakap”

Isu ini tidak akan selesai disebabkan netizen suka mengkritik dan membanding-bandingkan.

Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Featured Mon, 10 Jul 2023
Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 7 Feb 2018

AKTOR KACAK SENTAP DENGAN BAKAL MERTUA

Perselisihan faham berlaku apabila Zul menganggap lelaki berusia 60 tahun itu sebagai seorang yang tidak matang dan tidak gentle…