Sakan Menjerit Diusik Anak, Gelagat Siti Nordiana & Rayyan Main Gelongsor Air Undang Tawa

Sejak kebelakangan ini, gelagat penyanyi Siti Nordiana bersama anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie kerap menjadi tumpuan dalam kalangan peminatnya di media sosial.

Terbaharu, penyanyi yang lebih mesra disapa dengan panggilan Nana itu telah memuat naik gelagat anaknya, Rayyan yang mengusiknya ketika bermain gelongsor air di taman tema, ESCAPE Penang menerusi platform TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Rayyan sengaja menggoyangkan pelampung yang dipakai bersama ibunya itu sepanjang meluncur sehinggakan penyanyi itu menjerit tidak tentu arah gara-gara ketakutan.

“Budak bertuah ni buat hal kat ESCAPE Penang . Di goyang-goyangnya pelampung tu 🤣 Tapi best giler longest water slide ni,” tulisnya.

@sitinordiana84 Budak bertuah ni buat hal kat @ESCAPE Penang . Di goyang2 nye pelampung tu 🤣 Tapi best giler longest water slide ni 😍 #sitinordiana #fyp #foryou #waterpark #waterslide #escapepenang ♬ original sound – Siti Nordiana

Melihat kenakalan anaknya yang suka mengusik Nana, rata-rata peminatnya terhibur dan geli hati melihat keakraban dua beranak itu.

“Sudah-sudah tu Rayyan.. Terkeluar anak tekak Mama awak menjerit tuuuu…

“Mak dia jerit dia lagi suka. Anak-anak 😂

“Mak dia dah separuh nyawa menjerit. 🤣 🤣 🤣 Rayyan Rayyan… 🤣

“Seronok tengok anak dengann mak. Macam dah adik dengan kak,” komen peminatnya.

Fatin Nurain