Saksi Dedah Ebit Lew Ajak Tukar Pasangan Untuk Buat S*ks

Isu mengenai jenayah seksual berhubung pendakwah sensasi, Ebit Lew sehingga kini masih belum menemui tanda noktah, malah semakin banyak bukti dan keterangan saksi-saksi didedahkan.

Terbaharu, saksi kesembilan, wanita berusia 40-an memaklumkan kepada mahkamah Ebit atau nama lengkapnya Ebit Irawan Ibrahim, Lew, 38, mengajaknya bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), pengadu berkata demikian ketika menjelaskan tangkap layar mesej WhatsApp diterimanya dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom.

Difahamkan, Ebit mencadangkan untuk melakukan hubungan intim dengan wanita tersebut, manakala suami pengadu disuruh melakukan hubungan intim bersama isteri pendakwah itu.

Bukan itu sahaja, pengadu turut mendedahkan Ebit turut mengeluarkan kata-kata berbaur lucah serta menyatakan hasratnya untuk peluk, cium manja-manja dan melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya.

Sekadar info, Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas 11 pertuduhan gangguan seksual.

Artikel Berkaitan: Ebit Lew Didakwa Kerap Buat Panggilan & Tunjuk Foto Kemaluan – Saksi

Artikel Berkaitan: Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Sumber: FMT

Aqilah Paharuzi