“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan

Pelakon jelita, Mimi Lana meluahkan rasa simpati apabila dia tidak berhenti memikirkan nasib penduduk Palestin yang masih berdepan dengan serangan berterusan daripada pihak zionis.

Katanya, sehingga ke hari ini dia sebak apabila terkenangkan bagaimankah keadaan penduduk di sana apatah lagi menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Malah, perasaan simpati yang menebal dalam diri membuatkan dia sentiasa berasa cemas, tidak berguna dan sering menangis setiap kali melihat penderitaan penduduk di sana.

“Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.  Saya tak dapat menahan sebak, cemas, rasa diri tidak berguna apabila masih menyaksikan situasi dan penderitaan di Palestin. This is no break from the sound of genocide,” katanya.

Perkara itu dikongsi Mimi menerusi ciapannya di platform X baru-baru ini.

Sebelum ini, Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, merupakan antara rakan artis yang lantang menyuarakan ketidakadilan penduduk di Gaza selain Kaka Azraff, Neelofa, Fazura dan ramai lagi.

Sekadar info, setakat ini seramai 1.3 juta penduduk kini berteduh di selatan semenanjung Gaza, Rafah dan 610,000 daripada jumlah berkenaan adalah kanak-kanak.

Salma Syahbuddin