Salam Takziah…Ibu Issey Meninggal Dunia

Ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Berita itu dikongsi Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin menerusi Instagram, sebentar tadi.

“Ibu saya baru meninggal dunia, jam 3.40 petang. Al-Fatihah. Asiah binti Haron,” tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, kira-kira dua jam lalu, Issey memohon orang ramai supaya mendoakan ibunya yang diserang penyakit jantung.

Pada 6 Julai lalu, Issey bergegas pulang ke Kota Bharu, Kelantan, untuk melihat keadaan ibunya yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah, sehingga memerlukannya menjalani pembedahan pada bahagian kaki.

Issey memberitahu ibunya menghidap kencing manis sejak setahun lalu dan perlu mendapatkan penjagaan rapi.

SGMS Enal