Saling Memerlukan, Risteena Diulit Bahagia Bersama Isa

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya Isa Khan kini lebih terbuka membicarakan kisah cinta mereka dan berkongsi foto-foto berdua setelah kedua-duanya mengakui dilamun cinta dan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di Bali pada 23 November lalu. 

Baru-baru ini, Risteena meluahkan di Instagram, betapa beruntungnya dia dipertemukan dengan Isa dan merasakan dirinya begitu bertuah kerana tunangnya itu seorang yang bertanggungjawab dan sanggup bekerja keras demi masa depan mereka berdua. 

“Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari.  Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. 

“Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang.  Katanya, saya semangat dan kekuatan dia.  Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus sukses hasil kerja keras awak sayang,” tulis Risteena di dalam kapsyen. 

Dalam pada itu, Risteena tidak lupa untuk medoakan tunangnya dari manusia yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya, dipermudahkan segala urusan,  diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang mencurah-curah, serta berjaya di dunia dan di akhirat. 

Semoga kemanisan perhubungan mereka berterusan sehingga berkahwin dan ke akhir hayat. 

Kredit Foto: Instagram @nur_risteena

 

Del14