Categories: HiburanTrending

“Sama Ada Madinah Atau Mesir..” – Neelofa Bakal Hijrah Ke Tanah Arab Ikut PU Riz Sambung Study, Mahu Dedahkan Bilal Dengan…

Usahawan dan pengacara popular, Neelofa, 33, mendedahkan dia dan suami, Haris Ismail atau PU Riz menyimpan keinginan untuk berpindah ke tanah Arab.

Merancang mahu mengikut suaminya yang ingin melanjutkan pelajaran, Neelofa mendedahkan perkara terbabit ketika menjadi hos undangan istimewa program Nona bersempena ulang tahun ke-38 TV3 yang bersiaran pada Ahad.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah Arab, sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.

“Pada masa yang sama, kami mahu mendedahkan anak (Muhammad Bilal) kepada persekitaraan di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 Tahun, Peminat Terubat Rindu Lihat Neelofa Kembali Mengacara Nona TV3

Tambah Neelofa, dia juga mahu mendalami ilmu al-Quran serta menguasai bahasa Arab.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh, saya mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” katanya.

Neelofa dan PU Riz bernikah pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak pertama, Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu.

Padin