Sama Cantik, Lemah Lembut… Gelagat Mira Filzah & Nurul Izzah Beramah Mesra Raih Tumpuan

Pelakon Mira Filzah sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya beramah mesra ketika bertemu ahli politik, Nurul Izzah.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok Absolut Bazaar, Mira dan Izzah kelihatan sangat mesra ketika berjumpa di lokasi penggambaran kempen raya bagi syarikat tersebut.

“Bila YB Nurul Izzah berjumpa dengan Mira Filzah di sesi penggambaran  #absolutbazaarxgayaraya campaign video,” tulisnya.

@absolutevent Bila YB Nurul IzzAH berjumpa dengan Mira FilzAH di sesi penggambaran #absolutbazaarxgayaraya ♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾

Melihat kesopanan dan sikap lemah lembut dua figura tersebut, perkongsian itu sekaligus meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

Untuk info, Absolut Bazaar bakal mengadakan karnival jualan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 pada 14 April sehingga 17 April ini, di MITEC Kuala Lumpur.

Fatin Nurain