Categories: HiburanTrending

Sama Cantik Peragakan Jenama Terkemuka, Keakraban Ameera Khan & Zahirah Macwilson Raih Pujian

Selebriti terkenal Ameera Khan dan Zahirah Macwilson tampil mencuri perhatian dalam kalangan pengikut selepas melihat kecantikan dan keakraban mereka memperagakan pakaian dari jenama terkenal, Dior.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera atau Little Miss Khan (LMK) tampil berkongsi beberapa kepingan fotonya bersama Zahirah ketika menggayakan jenama tersebut.

Lebih menarik lagi, Ameera juga sempat membuat titipan ringkas di ruangan kapsyen dengan meluahkan rasa sayangnya terhadap Zahirah sekali gus mencuri perhatian ramai.

“I love you from A to Z,” tulisnya.

Kagum dengan keakraban dan kecantikan dua selebriti itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Fatin Nurain