Yolo X Ruffedge Ubati Kerinduan Peminat Di Kuala Lumpur! Konsert ‘That Moment In Time’ Tampil Persembahan Hebat Lah Ahmad & DJ Uno

Setelah berjaya menawan hati peminat di Singapura dalam sebuah konsert istimewa yang digelar Ruffera ‘That Moment In Time’ yang berlangsung di  The Theatre Mediacorp pada 24 Jun lalu, kali ini Yolo Malaysia sekali lagi membawakan konsert ini kepada peminat di Malaysia.

Menampilkan penyanyi hebat seperti Lah Ahmad, Imsoniacks IQIE dan Kumpulan Distorted, konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ live in Kuala Lumpur bakal mengubati kerindunan peminat di Malaysia pada 19 Ogos depan.

Menurut Haniff Hamzah selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur ini mempunyai sedikit kelainan apabila pihaknya mengundang penyanyi bersuara lunak, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada konsert berkenaan.

“Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan khas persembahan daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu.

“Disamping itu, kami juga membawa bakat baru dalam industri seni ZEPPO YOUNGSTERZ yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian BODY ROCK USA di Amerika Syarikat baru2 ini” katanya.

Selain itu, konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ Live In Concert  ini juga akan mengekalkan DJ Uno sebagai artis undangan tetap mereka bahkan, penonton yang hadir akan disajikan dengan alunan muzik dan lagu popular pada zaman kegemilangan R&B dan  Hip Hop satu ketika dahulu.

Justeru, kepada semua peminat Ruffedge, jangan lupa untuk dapatkan  tiket konsert Ruffera ‘That Moment In Time Tour’ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2023 ini di Mega Star Arena.

Harga tiket adalah seperti berikut, RM168 (Free Standing), RM 238 (Standard Seats), RM268 (Dance Zone), RM288 (Premium Seating), RM328 (Ruff Zone) dan RM3,888 (Premium+ Seating/6 pax).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari  yoloasia.com.

Salma Syahbuddin