Sambut Birthday Anak Bersama, Netizen Kagum Lihat Hubungan Nora Danish Dengan Bekas Suami – “Suka Vibes Family Contoh Begini”

Pelakon Nora Danish menjadi perhatian warganet apabila foto dan video dia bersama keluarga mencuri tumpuan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora memuat naik beberapa keping foto beserta video bersama keluarganya menyambut hari ulangtahun kelahiran putera sulungnya, Rayqal.

Lebih mengujakan apabila foto tersebut memaparkan Nora bersama bekas suaminya iaitu Jejai untuk meraikan Rayqal. Turut sama meraikan ialah Nedim, ibu Jejai dan ahli keluarga lain.

Menurut Nora, sambutan ulangtahun Rayqal diadakan awal oleh sebab Rayqal akan memasuki asrama tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan keakraban Nora bersama keluarga bekas suaminya. Malah, ada juga yang memuji Nora dan Jejai dalam memberikan contoh terbaik kepada semua.

Untuk info, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008. Mereka dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal

Khairil Khusyairi