Sambut Ulang Tahun Perkenalan, Nick Jonas Kenang Memori Sweet Bersama Priyanka!

Sempena ulang tahun pertama perkenalan, penyanyi Nick Jonas telah menitipkan pesanan sweet buat buat isterinya, Priyanka Chopra.

Kata bekas anggota kumpulan One Direction ini, filem Beauty &  The Beast antara salah satu faktor yang menyatukan cinta mereka.

“ Setahun yang lalu, saya pergi menonton Beauty & The Beast di Hollywood Bowl bersama sekumpulan rakan. Salah seorang rakan yang dimaksudkan adalah wanita yang kini bergelar sahabat, penguat diri yang kini bergelar isteri saya.

“ Saya bersyukur dengan perjalanan kami sehingga ke hari ini. Awak membuatkan saya tersenyum setiap hari dan mahu menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Saya sayang awak,” kata Nick yang berbangga bergelar suami kepada bekas ratu cantik dunia tahun 2002 itu.

Mac lalu, khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan ini dikatakan retak menanti belah. Namun gosip ini disangkal oleh pasangan ini malah mengesahkan bahawa hubungan mereka masih intim dan mesra seperti biasa.

Priyanka dan Nick telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu dan mereka telah mengadakan upacara persandingan selama tiga hari di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur dengan upacara gabungan tradisi Hindu dan Kristian.

SGMS Faida