Categories: AcaraGaya Hidup

Malas bersesak-sesak? Kunjungi eCurve sepanjang ramadan ini untuk menangi pelbagai hadiah menarik

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Tidak mahu bersesak-sesak mencari busana untuk digayakan pada hari raya nanti?

Kunjungi pusat membeli-belah E-Curve untuk berbelanja!

Pelbagai hadiah menarik dan diskaun serta rebat diberikan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan kempen raya 2019 yang dianjurkan di lokasi berkenaan.

Bertemakan Al-Kisah Pesta Ria,  semua tetamu akan disajikan dengan hiasan dari zaman 60-an di Centre Atrium.

Bertepatan dengan nilai yang diterapkan sepanjang bulan mulia ini, aktiviti amal seperti berbuka puasa dengan golongan memerlukan turut diadakan.

Kali ini, warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah dijemput untuk berkongsi kemeriahan berbuka puasa di eCurve.

Menurut Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi, “Selain daripada membuat persediaan bagi menyambut perayaan, rezeki pada bulan ini juga haruslah dikongsi dengan golongan yang memerlukan,” katanya.

Menariknya, persembahan menarik dari Musly Ramlee akan diadakan sebanyak dua kali sehari pada jam 3 dan 6 petang ketika hujung minggu.

Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah Raya istimewa tahun ini di eCurve.

Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit layak untuk menebus Tiffin Lebaran serta Festive Ria Packets. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.

Sebagai bonus, pengguna aplikasi Boost yang berbelanja minimum RM50 menggunakan Boost e-wallet di kedai yang mengambil bahagian akan menerima rebat sebanyak RM10! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau layari laman web

www.ecurve.my atau Facebook di www.facebook.com/eCurveMall.

tex_admin