Sarimah Ibrahim Jalani Rawatan IVF?

Pelakon dan Pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim berkata beliau sedia untuk menjalani rawatan IVF iaitu rawatan kesuburan dalam usaha beliau dan suami untuk mendapatkan zuriat.

Sarimah berkata, dalam usia 40 tahun ini beliau berharap dapat menimang cahaya mata kerana tahap kesihatan Sarimah dan Suami berada dalam keadaan baik. Justeru itu, beliau juga turut berkongsi bahawa hasratnya untuk menjalani rawatan tersebut turut disokong oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sarimah bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin

“Saya dan Siti ada berbincang mengenai perkara ini, malah dia turut berkongsi maklumat menegnai kaedah rawatan IVF. Dia juga menasihatkansaya supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Cepat atau lambat, Tuhan akan berikan rezeki tetap ada hikmah disebaliknya. Dari segi kesihatan, saya dan suami tiada masalah. Harapan saya, doa kami untuk mendapatkan anak sempena bulan ramadan ini akan dimakbulkan.” Katanya

Sumber : instagram

Beliau yang dilihat semakin aktif dalam menjalankan gaya hidup sihat ini mengakui, turut memperlahankan aktiviti seninya bagi menumpukan perhatian beliau terhadap rumah tangganya itu. 

Salma Syahbuddin