Categories: FeaturedTrending

Asyik Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Terlepas Dari Gendongan Ibu

Baru-baru ini, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut apabila terjatuh daripada eskalator ketika ibu dan bapanya sibuk berselfie. Bayi itu dikatakan terlepas daripada pangkuan ibunya dalam satu kejadian yang berlaku di India. 

Dalam satu rakaman kamera pengawasan litar tertutup, pasangan itu dilihat sedang berselfie di hadapan sebuah kedai berdekatan dengan eskalator tersebut. Mereka kemudian beredar sebelum menuju ke eskalator untuk ke kedai seterusnya.

Ketika itu, wanita tersebut dilihat memangku anaknya dengan menggunakan sebelah tangan sebelum sebelum bayi itu tersebut tercampak ke luar eskalator.  

Rakaman itu menunjukkan bayi itu pada mulanya terhantuk pada palang besi sebelum jatuh ke bawah. Bayi itu kemudian dibawa ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia. 

Semoga anda mengambil iktibar daripada kejadian ini. Pesanan penulis, para ibu bapa jangan terlalu leka dengan telefon bimbit sehingga boleh mengundang bahawa kepada nyawa anak anda.

Sumber: Mail Online

tex_admin