Save The Date! Super Junior Umum Tarikh Comeback

Buat kesemua peminat Super Junior atau Elf (Ever Lasting Friends) Malaysia, are you guys ready? kerana Super Junior akan kembali dengan album kesembilan mereka. Wow, tak sabarnya!

Kumpulan K-pop Super Junior atau lebih dikenali sebagai Suju dikalangan peminat fanatik mereka ini telah mengumumkan tarikh comeback mereka iaitu pada 14 Oktober ini.

Super Junior yang masih bernaung di bawah agensi SM Entertainment sering memuat naik imej berkaitan konsep yang bakal mereka bawakan kali ini menerusi laman Instagram rasmi mereka.

Imej teaser yang berkonsepkan retro itu menggunakan elemen kamera, kasut roda dan permainan lego.

 

Menurut AllKpop, salah seorang anggotanya iaitu Heechul hanya terlibat dalam pembikinan album ini, namun tidak akan mengambil bahagian dalam mempromosikan album ini di mana-mana rancangan hiburan disebabkan kecederaan kaki yang dialaminya.

Dalam pada itu, rancangan realiti mereka iaitu ‘Super Junior Returns 3’ juga bakal bersiaran pada 9 September 2019 ini!

So, tunggu apa lagi, jom beli album Suju!

Ditulis oleh: Dina Azmi 

Salma Syahbuddin