Categories: Filem

Isu Farid Kamil Dan Zulhuzaimy, Diana Danielle ‘Angkat Tangan’!

Datin Diana Danielle enggan masuk campur terhadap isu yang melibatkan suaminya, Datuk Farid Kamil dan pelakon Zul Huzaimy.

Hal ini berpunca apabila, hubungan antara Farid dan Zul dikatakan tegang baru-baru ini apabila Zulhuzaimy  tidak mahu terlibat dalam filem Remp-It 2 yang akan diterbitkan oleh Farid.

Sumber : Instagram @faridkamilz

Diana berkata beliau enggan masuk campur tentang isu terebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada memandangkan beliau akan bekerjasama dengan aktor tersebut dalam sebuah program tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Diana berharap hubungan antara suaminya dan pelakon itu akan kembali seperti biasa dan mendoakan agar filem terbitan suaminya itu akan sukses.

Apa-apapun, kita doakan yang terbaik untuk filem ini!

Ditulis oleh: Dina Azmi

Salma Syahbuddin