‘ Saya Ada Angin Juga, Saya Minta Maaf’ – DS Vida

Akhirnya… jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida memohon maaf di atas keterlanjuran kata terhadap juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah

Dalam sebuah sidang media semalam, Vida menjelaskan dia sebenarnya terkejut dengan kenyataan awal dikeluarkan oleh penyanyi itu.

“ Saya terkejut… marilah jumpa saya dulu, kenapa keluarkan kenyataan dulu.

“ Masa tu saya geram jadi itulah yang ‘tertubik’. Saya ada angin juga. Saya minta maaf,” katanya ikhlas.

Dalam pada itu, berkenaan perkataan sendu yang digunakannya sebelum ini, Vida menasihatkan agar kepada mana-mana pihak yang terasa agar melakukan sesuatu.

“ Program GV membantu penyanyi lama yang sudah lama tak ke depan. Jika perkataan itu mengguris hati, buatlah sesuatu agar ada perubahan.

“ Yang sendu tu kenapa terasa, bangun dan terus melangkah, jadikan diri anda tak sendu,” katanya.

Menerusi Instagram Vida hari ini, Vida mengucapkan rasa syukur apabila segala kekeliruan telah dijawab dengan tenang.

“ Terima kasih kepada rakan media yang sudi datang. Terima kasih atas doa dan sokongan daripada sayang-sayang semua. Saya harap salah faham ini dapat diselesaikan dengan segera,” tulisnya.

Sementara itu, Vida turut memaklumkan sekiranya perkataan sendu dianggap sensitif, dia meminta netizen mencari perkataan lain yang lebih sesuai.

“Apa istilah yang nak diguna pakai apabila lama menghilang, dulu popular sekarang tak popular, dulu ada show sekarang tak ada… bagi saya satu perkataan selain perkataan sendu.

“ Jadi datangkan satu lagi perkataan bagi sendu,” akhiri Vida.

SGMS Faida