40 Tahun Berlakon, Jalil Hamid Rasa Terhina Angkara Syarikat Produksi?

Pelakon senior Jalil Hamid meluahkan kekecewaanya dengan sikap sesetengah syarikat produksi terhadap dirinya.

Pelakon berusia 61 tahun itu memberitahu di Instagram di mana tawaran harga untuk berlakon drama di bawah sebuah produksi dianggap tidak masuk akal.

“ Bila dah jadi artis veteran ni, rupanya dah jatuh nilai.

“ Aku rasa terhina betul bila ada syarikat produksi TAWARKAN peranan utama…12 babak dari 16 babak…shooting day 2 hari…harga yang ditawarkan RM1500.

“ Terasa penat dan sia-sia pulak mengumpul 7…8 anugerah dan ANUGERAH pelakon terbaik dan popular selama hampir 40 tahun,” tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen setuju dengan apa yang diperkatakan pelakon itu.

Baru-baru ini, Jalil tersenarai dalam calon Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31.

SGMS Faida