“Saya Bagi Tiga Tahun Dulu…” – Akui Sudah Dimiliki, Sophia Albarakbah Tak Nak Canang Teman Lelaki

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui hatinya sudah dimiliki namun tidak mahu mencanang soal teman lelakinya selagi belum ada ikatan yang sah.

Memetik laporan Utusan, dia memberi tempoh tiga tahun untuk membina kerjaya dahulu sebelum merancang ke arah hubungan yang lebih serius.

“Teman lelaki saya okay sahaja, dia terbuka dan memahami tugas saya sebagai pelakon. Cuma, kalau orang tanya siapa, saya selesa untuk tidak mendedahkannya. Tetap ada privasi untuk dijaga.

“Bila sudah bersedia, insya-Allah saya akan umum. Sekarang, belum tentu ada jodoh. Saya bagi tiga tahun untuk membina kerjaya dahulu,” ujarnya.

Susulan berlakon dengan suami orang, Sophia memberitahu seseorang pelakon tidak kira suami atau isteri orang, mereka perlu pandai membezakan hal kerja dan peribadi.

“Saya tidak boleh pilih hero atau pelakon gandingan dalam sesebuah naskhah. Tetapi, itu bukan masalah. Kalau kita melayan, itu baru masalah.

“Nak buat macam mana, kebanyakkan hero suami orang. Cuma, saya kena pandai jaga diri. Hormat antara satu sama lain.

“Kita cipta keserasian hanya untuk kerja. Ada ‘tembok’ yang harus kita bina demi memastikan keselesaan dalam bekerja,” katanya.

Maya Basir