“Beberapa Langkah Nak Naik Pentas” – Chombi Pengsan Sebelum Membuat Persembahan Gara-Gara…

Penyanyi remaja, Chombi yang terkenal dengan lagu Sayunk I Love You dikejarkan ke hospital gara-gara pengsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Aeon Mall Taiping, Perak pada Sabtu lalu.

Memetik laporan mStar, bapa Chombi iaitu komposer Harry Khalifah memberitahu hasil pemeriksaan mendapati bahawa Chombi mengalami masalah tekanan darah rendah.

Menurut Harry, anaknya baru sahaja pulih dari demam dan keadaan di karnival tersebut membuatkan dirinya tidak selesa merupakan antara faktor lain.

“Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang. Sebenarnya dia baru lepas baik demam, di samping datang bulan.

“Ditambah pula kehadiran orang ramai serta pancaran lighting yang panas membuatkan dia rasa tak selesa.

“Sebelum rebah, Chombi ada beritahu pandangannya gelap, tahu-tahu dah pengsan,” ujarnya.

Namun, Harry bersyukur apabila Chombi segera dibantu seorang jururawat yang kebetulan berasa di acara itu sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Menerusi perkongsian di Instagram Chombi, dia memohon maaf pada peminatnya di Taiping kerana tidak dapat membuat persembahan di sana.

Maya Basir