“Saya Cuba Lakukan Demi…” – Isteri Virgoun Dedah Diajak Layan Nafsu Ketika Berpuasa, Didakwa Berhabis Duit Bayar Khidmat S*ks?

Isteri kepada penyanyi popular Indonesia, Virgoun iaitu Inara Rusli mendedahkan suaminya telah berlaku curang sejak dua tahun lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Inara mendakwa Virgoun berzina dan membayar beberapa wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Terdahulu, suaminya pernah membuat perjanjian bertulis untuk tidak mengulangi perbuatan keji tersebut namun melanggar perjanjian dibuat.

Selain itu, Inara turut mendedahkan bahawa pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla memintanya untuk melakukan hubungan intim di siang hari ketika bulan Ramadan.

Bukan itu sahaja, dia dipaksa mengambil ubat kurus dan membuka purdah yang dipakainya.

“Saya tak pernah ada masalah dengan tuntutan suami menyuruh saya kurus supaya berat badan jadi 48kg walaupun kena tahan sakit biru-biru disuntik.

“Suruh saya ke klinik kecantikan untuk laser bahagian-bahagian tubuh saya, suruh saya buka cadar (purdah) kerana katanya dia nak orang tahu dia ada seorang isteri yang cantik.

“Saya diminta untuk melayan nafsu di siang hari ketika bulan puasa, kemana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami.

“Demi Allah saya tak pernah bantah. Saya menjalani sambil meminta redha Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus,” jelasnya.

Tambahnya, dia tidak menyangka bahawa doanya terjawab dengan pendedahan tersebut.

“Tak pernah saya berharap ini adalah jawapan doa saya daripada Allah,” katanya.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Maya Basir